Showing posts with label day. Show all posts
Showing posts with label day. Show all posts

Monday, August 23, 2010

Perfect fit?

brought to you by Libresse~
ngahaha...

pagi2 pegi kelas t'gedek2 nampak la ini banner dari jauh..
mula2 nampak van die je..color van macam color van VICO
"haaa? nak bagi VICO ke?" (salah seorang dari kami bersuare)~ ngahaha..
"oit3..bulan puase kot, mne de vico.." (tiga dari empat lagi mula bersuare) >.<

owh..ini iklan dari Libresse la...
cari padanan yang sempurna untuk anda? pilihlah kami~ LIBRESSE~
hehehe ( jadi model tak berupah jap) :P
um~
salah sorg dari kami kate..
"nih yuna punye nih"
"mane2 yuna?"
"eh..adibah noor la...xnampak yuna pun..."
"ooo..yuna kat bulatan kecik tu"..
kekeke..
moral of the story :
tau yuna sorang je pakai~ ops..duta laaaa... :P


kami sempat amik borang n isi..dapat la sekotak free~



ini die...Libresse~ :P

balik kelas petang pulak sy rase cam nak amik gamba jee..
haaa...nak tgk ape saye snap3? 
jom3..

haaa..tahukah anda? hehe *tak tau tak tau*
SILE BACE! :P

saye amik gamba pompuan cun...*alaaa si baju hijau nak msuk pic gak*



tgk...die dah masuk pun~ ^_______^
*awak3..awk ade gaye mcm awek2 cun jugak la* :P



eh..saye jumpe adibah noor *salam jumpe peminat :P*
lawa2 nih nak jumpe saye ea? :P
sape artis? ngahahaha 



*um..ape korang duk buat nih?*
saye amik pic kamu ea..
haaa...nih la die personaliti test..saye pun buat jugak! (terliur tgk org laen buat) :P

xpecaye? tengok nih


wewwiiiit~ name saye!! ^________^

ape die tulis pasal sy? 
die cakap saye Melancholic (kreatif la katekan)
tapi betol ke sy sorg yang negatif T_T
tipu! bluweekkk..hahaha

kerja saye yg sesuai adelah...
jeng jeng jenggggg~
ahli music, artis, pereka (*erk~ sangat berbeza!*)

hmm..dah penat duk main2 n amik2 gamba kat tempat tuh..panas wooo arini..



tapi Yuna duk panggil2 saye la pulak..
saye rase tergoda lak ngan panggilan die..
so, saye terus p amik gamba ngan die..ekeke

*versi ina di school*

*eh yuna nih macam nak tampo saye jer*
ekekeke...
waaa..amik gamba ngan artis gitu :P
sape artis?? hahahahahaha!
cukup3...

jom beristerirehat beristirehat~~
^________________^








Tuesday, August 17, 2010

bazir!~

Ya Allah..ape aku dh makan hari nih...
sangat2 membazir..
nih lah di panggil nafsu..
hmmm...
makanan yang dibeli hari nih :

nasi putih+ayam masak merah+sotong+telur dadar = RM 4.50 (ya ampunnn... T_T)
ayam madu = RM 2.00
sosej+ketam = RM 3.00
air mangga = RM 2.00

TOTAL : RM 11.50

ni lah dikatakan tamak..
ape yang sy makan :

nasi putih kuantiti sangat sedikit + ayam msk merah + sotong (xhabes) + telur dadar = pembaziran
ayam madu habes dimakan = tulang banyak dr isi = pembaziran tiada
sosej + ketam abes dimakan = bagus tiada pembaziran
air mangga masih byk belum dihabeskan = bazir je ina oooiiiiii!

mulai esok saye Nor Sabarina Mohd Nadzri, tanak membazir dah...dah 7 hari berpuasa membazir..
tamak haloba dan pembaziran amalan yang tak patut dilakukan..

"Terdapat pelbagai bentuk perilaku yang ditegah oleh agama masih tidak dapat dikawal dalam bulan Ramadhan; secara sengaja atau tidak; seperti membazir, melalaikan solat, melakukan aktiviti yang melalaikan, menghabiskan waktu dengan melepak di jalanan. Semua perlakuan ini dilakukan dengan alasan kerana letih sambil menunggu waktu berbuka." keratan petikan


T_T insaff...
tanak buat dah..
tuh amalan tak baik...

Monday, August 16, 2010

JOM RENUNG SEJENAK

This is a post from my coursemate (googlegroup mail), thank you for sharing :)
jom renung-reningkan bersama..
nak tahu lebih terperinci sile pergi sini

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh
 Zaharuddin  Abd Rahman

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. 

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Friday, August 13, 2010

Anugerah

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama 
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah  segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsa


p/s: peringatan dan renungan buat diri sendiri, family, kawan-kawan dan semua yang membaca :)

nak tahu lebih lanjut klik sini

GUDNITE

sElaMaT mAlAm

:)

Thursday, August 12, 2010

sesi menunggu waktu berbuka.


waktu berbuka 7.31 malam..

harap maklum

heeee~ :P





Salam Ramadhan

assalamualaikum semua...
rasa belum terlambat nak ucap

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA"
Related Posts with Thumbnails