Wednesday, August 18, 2010

cek mek molek

hi kawan2...
hehe..macam kanak-kanak kan... ^________________^


rini hepi sebab dpt mkn salah satu kuih kegemaran..hehe
temkiu untuk kawan-kawan sebab dapat jugak sy membuat kuih cek mek molek nih..
um..anda tahu ke cek mek tuh sejenis kuih?
hahahaha...
mesti lah tau kan..
kalau tak tahu meh nak habaq..
kuih nih kuih dr kelantan...
kelate mali~~~ :)
weweeee~


tadi lepas siap uli n susun2..sy sempat la snap pic 2 keping..hik3


nih die cek mek molek ore kelate.. :)



nih lah die kuih itu~
ops..ade satu je gambo..satu lagi dh corrupt T_T
gambo nih diambil sebelum di goreng sahaja..
selepas digoreng ia telah berada dalam perut..ekeke ^___^
hmm..kena beli hphone baru nih..or camera digital?? mungkin~

ngahahaha..sifat tamak dtg lagi..
shh3..pegi jauh2 encik tamak!!! 


sekian sayang2 semua~




Tuesday, August 17, 2010

bazir!~

Ya Allah..ape aku dh makan hari nih...
sangat2 membazir..
nih lah di panggil nafsu..
hmmm...
makanan yang dibeli hari nih :

nasi putih+ayam masak merah+sotong+telur dadar = RM 4.50 (ya ampunnn... T_T)
ayam madu = RM 2.00
sosej+ketam = RM 3.00
air mangga = RM 2.00

TOTAL : RM 11.50

ni lah dikatakan tamak..
ape yang sy makan :

nasi putih kuantiti sangat sedikit + ayam msk merah + sotong (xhabes) + telur dadar = pembaziran
ayam madu habes dimakan = tulang banyak dr isi = pembaziran tiada
sosej + ketam abes dimakan = bagus tiada pembaziran
air mangga masih byk belum dihabeskan = bazir je ina oooiiiiii!

mulai esok saye Nor Sabarina Mohd Nadzri, tanak membazir dah...dah 7 hari berpuasa membazir..
tamak haloba dan pembaziran amalan yang tak patut dilakukan..

"Terdapat pelbagai bentuk perilaku yang ditegah oleh agama masih tidak dapat dikawal dalam bulan Ramadhan; secara sengaja atau tidak; seperti membazir, melalaikan solat, melakukan aktiviti yang melalaikan, menghabiskan waktu dengan melepak di jalanan. Semua perlakuan ini dilakukan dengan alasan kerana letih sambil menunggu waktu berbuka." keratan petikan


T_T insaff...
tanak buat dah..
tuh amalan tak baik...

What A Girl Really Wants To Hear ♥

hi...
selamat pagi semua :) :) :) ^______________^
pagi-pagi kena lah ceria..kan kan kan?
jom3 nak bagi jamu mata pagi2 nih...

this video taken from youtube.. wow amazing..
suke sangat2 dis short story..
hmm...kalau laaaaahh...
hahaha....i dah berangan2..

enjoy the show kawan2 :)
kepada yang tengah bercinta, kepada yang belum bercinta and kepada yang macam saye yang pernah bercinta suatu ketika dahulu kala.. hehehehe :P , sweet kan video nih..



SWEET SANGAT! :')
terharu sangat tau..
:')

sekian

demam

erk..sy xdemam..
entry nih saje nak ckp psl demam..skrg nih musim demam kan..
kejap panas kejap sejuk..
pastu sistem badan mula la sewel sket..
n enjin2 kat badan pun kejap panas n sejuk jew..

alaaa...kesian nye die demam...
hari tuh pun kawan2 kat utp pun ade demam..
pastu sy pun demam gak tapi kejap je..
bertahan bertahan taknak demam...keluarkan peluh dengan extrem sbb nak ilang demam
hehe :')
*google*

ummm..sy ke pembawa demam utk die? haha
tapi rase nye tak kan..sbb dh seminggu lebih dh tak jumpe..
xkan sistem die baru nk sense virus demam sy..haha!
aaachhuuummmm...! (teringat sy bersin depan die)
hahahaha... :P

td ber'calling2' ngan die..
alaaa kesian dengar suara serak-serak basah cam tuh..
macam nazak je..
olololo kesian...
sape2 demam sile makan ubat ye..
sekarang kan bulan puasa...
hope tak ponteng puasa lagi ye :)
ingatan utk die dan jugak tuk semua org :)

jage diri semua :)

Monday, August 16, 2010

JOM RENUNG SEJENAK

This is a post from my coursemate (googlegroup mail), thank you for sharing :)
jom renung-reningkan bersama..
nak tahu lebih terperinci sile pergi sini

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh
 Zaharuddin  Abd Rahman

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. 

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. 

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. 

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. 

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. 

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

nak berbuka dengan ape ye?

hmm..jom pikir ramai2..
ape menu yang patut sy makan hari ni..
umm..kenape terase kenyang hari nih..
sampai kekeringan idea untuk berpikir psl menu...erk..ade ke cm tuh...

tapi nak berbuka ngan ape ek?
any idea? 

:)

siapa yang nak belanja berbuka amat dialu-alukan...
or sape nak berbuka bersama artis kesayangan *ehem* (sambil betol2kan baju) amat dipersilakan :P


This is not me.. *perhaps*

when i'm thinkin bout u..i feel sad..
when i'm thinkin bout u..i feel bad..
when i'm thinkin bout u..i feel regret..
perhaps she was not me

when i'm talkin bout u..i feel glad..
when i'm talkin bout u.. i feel easy..
when i'm talkin bout u..i feel i'm in the air..
perhaps again she was not me

i wont let u go..
i wont let u live in peace..
i wont give u happiness..
i wont give u space..
perhaps she is me

i will make u cry..
i will make u kneeling in front of me..
i will make u fell bad...
i will make u regret..
perhaps again she is me

but the real thing is i am too weak.
but doesn't mean i'm not care..
*____________________________*

*dont go if u can..but pls go for ur future* grrrrrrr 

Sunday, August 15, 2010

bile lah nak kurus nih..dah lame tak p jogging T_T

:P

p/s: nanti kite pegi jog ek tuan badan :P

Saturday, August 14, 2010

CAKLEMPONG I

haha..knape asyik tsasul ttukar sebut gamelan itu adelah caklempong..
dah terlanjur cakap psl caklempong dlm post td kan, nih adelah pengumuman official dr saye..
saye amik CAKLEMPONG I semester nih :'(  :') xtaw lah suke ke tak..
tapi menarikkk la jugakkkk..sebab leh ketuk bonang-bonang n pukul gendang-gendang..
bak kate orang ::
"gendang gendut tali kecapi..kenyang perut suke ati"

hahaha..xde kena mengena oke! n saye puasa oke! :P
tapi...
menarik menarik menarik menarik ( banyak2 kali)
tadi best gak bile dengar bunyi-bunyian tradisional nih..
macam kate-kate sebelum nih "saye ade hobi hari sabtu" macam dh jadik kenyataan..
hahahahahahaha tipu oke.
just nak kate xtvt tuh menarik jela...
sebab xpenah main kot..n instructor die pon baik, lawak n tahu serba serbi psl lagu-lagu zaman sekarang..advanced bukan? heeee :)
nnt la cite lebih lanjut..

n d important thing is dah dapat assigment..bagus betul lah instructor zaman sekarang :-|
first class dh dapat assignment..bagus bagus bagus bagus bagus...
jejom kaji pasal music dulu..hahahaha
jumpe di next episode! tadaa~ :)

aku sayang kamu

dis morning after caklempong class..sya tagged me in a post:

-facebook-


of cos aku sayang kamu...jangan sedeyh2 tau..u noe dat i owez be wif u wut eva ur decision..kamu pun tau tu kan..u happy i'm oso happy..kamu tahu kan? kan?

smile pls.. :')

Friday, August 13, 2010

Anugerah

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama 
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah  segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsa


p/s: peringatan dan renungan buat diri sendiri, family, kawan-kawan dan semua yang membaca :)

nak tahu lebih lanjut klik sini. 

GUDNITE

sElaMaT mAlAm

:)

Thursday, August 12, 2010

sesi menunggu waktu berbuka.


waktu berbuka 7.31 malam..

harap maklum

heeee~ :P





DEAR HEART part II

hati sedih sakit takde sape tahu..
tak perlu tahu pun tak pe..
tak perlu amik tahu n baca pun takpe..
hati orang memang kite jage..
hati kite takde orang pun nak jage..
hati, ko tahu aku tak sebahagia orang lain..
ko tahu aku hidup tak macam orang lain..
ko tahu hidup aku tak lengkap macam orang lain..
ko tahu ape jadi dalam kamus hidup hari-hari aku
so hati, jangan ko nak kecik hati ke nak besar hati ke atau nak bangga pape..
asal hidup nih puaskan hati orang tersayang sudah..
cukup dah lah pengorbanan die selama nih..


aim for the best.


Related Posts with Thumbnails